Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Hilang kerja akibat COVID 19, JTK sedia bantu dapatkan pekerjaan lain

  • Published in Nasional

 

KUANTAN, 21 Feb - Mereka yang kehilangan pekerjaan susulan penularan COVID 19 boleh tampil membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mendapatkan bantuan pekerjaan lain.

Jelas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, pihak kementerian memahami situsai sektor pelancongan, pengangkutan dan hotel yang terjejas teruk.

Beliau berkata demikian pada sidang media sesi Town Hall bersama Kementerian Sumber Manusia di Kuantan, Pahang.

Satu aduan diterima membabitkan 500 pekerja pemandu bas persiaran yang tidak dibayar gaji oleh majikan akibat kekurangan jumlah pelancong berikutan insiden penularan COVID 19.

Pihaknya akan membuat semakan dengan majikan tersebut bagi mengetahui status sebenar pekerjaan pemandu terlibat, sebelum mengambil tindakan lanjut.