Saturday, April 4, 2020

updated 10:38 AM UTC, Apr 4, 2020

10 juta topeng penutup hidung dan mulut akan masuki pasaran seminggu lagi

  • Published in Nasional

 

MALIM, 21 Feb - Sebanyak 10 juta helai topeng penutup hidung dan mulut akan berada di pasaran dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jaminan itu hasil perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan, yang bersetuju untuk memenuhi permintaan pengeluar melibatkan tenaga kerja dan isu teknikal lain.

Jelasnya, jumlah lebihan pengeluaran penutup hidung dan mulut akan dibeli oleh kerajaan selain pihak pembekal dan peniaga.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada peniaga untuk tidak menaikkan harga barangan tersebut.

Bagi tempoh 29 Januari lalu hingga 20 Februari tahun ini, RM62,400 kompaun telah dikeluarkan melibatkan 28 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau ditemui selepas melancarkan Program Food Bank Siswa Politeknik Melaka dan Politeknik Merlimau di Malim.