Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Kumpulan ke-2 rakyat Malaysia di Wuhan akan dibawa pulang 25 Feb ini

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Feb - Misi membawa pulang kumpulan kedua melibatkan 75 rakyat Malaysia dari Wuhan, China dijadual menerusi penerbangan pada 25 Februari ini.

Usaha itu melibatkan Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA dan Air Asia.

Kesemua 75 individu berkenaan akan melalui saringan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU) sebelum dihantar ke Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk proses pemantauan selama 14 hari.

Sebelum ini, seramai 107 warganegara Malaysia telah dibawa pulang menerusi misi pertama pada 4 Februari lalu.