Logo

NAP 2020: Libatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Perdana Menteri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebagai sebuah dasar pembangunan perindustrian yang holistik, Dasar Automotif Negara (NAP)2020 perlu memenuhi keperluan berbeza melibatkan pihak berkepentingan dalam rantaian nilai.

Ini termasuk langkah meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan tempatan dan global.

Selain itu NAP 2020 akan turut meneruskan usaha ke arah pengeluaran mampan, memandangkan kejayaan sesebuah industri atau sektor ketika ini diukur menerusi paras pelepasan karbon dan jejak karbon.

Promosi dan penggunaan teknologi hijau untuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) juga perlu disokong oleh ekosistem dan infrastruktur yang sesuai agar lebih mampan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.