Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

COVID-19; Polisi isu tangani berita palsu sedang diperhalusi KKMM

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 20 Feb - Beberapa cadangan berhubung polisi isu menangani berita palsu sedang diperhalus Kementerian Komunikasi dan Multimedia berikutan impak penularan berita palsu berkaitan COVID-19

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Sing Deo pihak kementerian sedang mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak berhubung kaedah berkesan menangani isu berkenaan.

Gobind menyatakan perkara itu di Kota Kinabalu selepas menyempurnakan penyerahan Dekoder myFreeview kepada isi rumah B40 dan OKU di Kompleks KKMM.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula sedia untuk terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengenal pasti individu terbabit dalam penyebaran berita palsu.