Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

2 maut, 2 cedera dalam insiden kebocoran gas

  • Published in Berita Semasa

SELANGOR, 20 Feb - Dua maut manakala dua lagi cedera dalam insiden kebocoran gas di Sungai Besar, Selangor semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang.

Insiden membabitkan sebuah kapal di Bagan Sungai Besar.

Siasatan mendapati kebocoran membabitkan gas ammonia, karbon dioksida dan hidrogen sulfida.

Mangsa yang maut meninggal dunia dalam tangki kapal.

Mangsa cedera masih menerima rawatan.

Punca sebenar kejadian masih disiasat.