Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Kebebasan media perlu dipelihara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kebebasan media untuk melaporkan perkara sebenar amat penting meskipun berbentuk kritikan kepada kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, media juga berperanan membina dan mengekalkan hubungan antara pelbagai kumpulan masyarakat.

Jelas Gobind, media menjadi agen sosial yang mendidik dan memimpin masyarakat ke arah penerimaan idea atau perspektif tertentu .

Kerana itu, Media juga diterjemah sebagai gerakan berpengaruh dalam demokrasi dan dirujuk sebagai tonggak demokrasi keempat.

Sejak mengambil alih kepimpinan, kerajaan Pakatan Harapan berikrar mengkaji semula dan memansuhkan undang-undang dan peruntukan yang boleh disalahgunakan.

Ini termasuk undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Justeru, pelaksanaan Majlis Media Malaysia yang akan bertindak menetapkan piawaian untuk pengamal media amat dialu-alukan.

Beliau berucap pada perasmian UNESCO Open Talks@KL 2019 di ibu negara.

Sejajar tema "Akses kepada Maklumat - Tiada Yang Ketinggalan", Gobind menambah, kebebasan ekspresi tidak dapat dilaksana secara berkesan dan tidak dapat membawa manfaat kepada masyarakat jika mereka tidak mempunyai akses maklumat yang memuaskan.