Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Wanita direman seminggu bantu siasatan kes kematian bayi 3 bulan

  • Published in Nasional

KEMAMAN - Seorang wanita direman seminggu bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi perempuan berusia tiga bulan di Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan pagi tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pagi dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman bagi mendapatkan perintah reman.

Suspek yang juga ibu mangsa dipercayai melakukan perbuatan mendera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kematian.

Mayat mangsa dituntut ahli keluarga tengah malam tadi untuk dibawa pulang ke kampung bapanya di Machang Kelantan bagi urusan pengkebumian.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, mangsa ditemukan bapanya dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di sisi suspek di rumah sewa mereka di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru.

Kejadian itu disedari bapanya itu ketika pulang untuk menghantar makanan kepada isterinya dan terus bertindak menghantarnya ke Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan.