Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Pemain industri Labuan sahut seruan jayakan Revolusi Industri 4.0

  • Published in Berita Semasa

LABUAN, 20 Feb - Komuniti dan pemain industri di Labuan menyahut usaha kerajaan bagi menjayakan transformasi Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi, menjelang tahun 2050.

Selaras ini, tenaga kerja tempatan berkompetensi perlu ditingkat bersesuaian Revolusi Industri 4.0.

Untuk itu, jaringan kerjasama (MOU) ditandatangani antara Kolej Vokasional Labuan (KVL) bersama sebuah syarikat tempatan, Kaya Bumi Bersatu Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah Kolej Vokasional Labuan Siti Muslihah Leeudin, MOU ini melibatkan Latihan Semasa Kerja para penuntutnya dalam industri berkaitan.