Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Malaysia sedia hantar pasukan bomba bantu operasi kebakaran hutan di Indonesia

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Malaysia sedia menghantar pasukan Bomba dan Penyelamat ke Indonesia bagi memadam kebakaran hutan di negara itu dalam usaha mengatasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin khidmat bantuan daripada pasukan Bomba dan Penyelamat akan dihulur kepada negara jiran sekiranya diperlukan.

Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang di Indonesia terbakar sejak Januari lepas.

Manakala beratus hektar lagi dilaporkan masih terbakar di Jambi, Riau, Kalimantan dan Pekanbaru.

Justeru, lebih enam ribu petugas sudah dikerah memadam kebakaran.

Zuraida merasmikan Pra-Pelancaran Asia-Pacific Urban Forum Ketujuh (APUF-7) yang bakal berlangsung antara 15 hingga 17 Oktober depan di Pusat Konvensyen SPICE Pulau Pinang.