Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Jerebu: Negeri Sembilan gerakkan Jawatankuasa Bencana jika IPU lebih 150

  • Published in Nasional

SEREMBAN - Jawatankuasa Bencana Negeri Sembilan akan digerakkan jika bacaan IPU di negeri ini mencatat bacaan melebihi 150.

Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya sedang memantau bacaan IPU setiap hari.

Jelasnya, sepanjang pemantauan sejak fenomena jerebu melanda negara, tiada titik panas dikesan di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri turut melakukan pemantauan berkaitan jerebu.

Pengarahnya, Datuk Pkharudin Ghazali berkata pegawai khas diletakkan di bilik gerakan bagi memantau IPU dari semasa ke semasa.

Sekolah akan diarah tutup serta-merta jika paras IPU melebihi 200 selaras surat daripada Kementerian Pendidikan.