Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Jerebu: Sekolah boleh ditutup jika IPU makin teruk tanpa rujuk KPM

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Pihak pentadbiran sekolah dibenarkan menutup sekolah atau mengehadkan aktiviti luar tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Pendidikan sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) semakin teruk akibat jerebu.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekolah diberi kuasa untuk membuat keputusan itu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang dikeluarkan kementeriannya.

Pihak sekolah yang membuat keputusan untuk menutup sekolah hanya perlu maklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Hari ini, tiga sekolah ditutup di Johan Setia Klang susulan IPU merekodkan bacaan melebihi 200.