Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

COVID-19; Inisiatif khas untuk majikan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi

  • Published in Nasional

 

KOTA DAMANSARA, 19 Feb - Kerajaan akan mengumumkan inisiatif khas untuk majikan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang bakal diumumkan 27 Februari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata insiatif itu sebagai langkah prihatin dalam mengurangkan beban majikan yang terjejas akibat COVID-19.

Katanya, dalam siri perbincangan pihaknya bersama pemain industri, semua cadangan dan permintaan golongan majikan dipertimbang dalam penyediaan pakej rangsangan ekonomi.

Pemain industri sebaliknya disaran supaya meningkatkan kemahiran dan memberi latihan kepada pekerja masing-masing dalam tempoh mencabar ketika ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Islam bagi Teknologi Baharu di Kota Damansara, Selangor.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan semalam, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan hampir 100 ribu rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak coronavirus (COVID-19) berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Jumlah tersebut meningkat dua kali ganda daripada 40 ribu orang yang kehilangan pekerjaan tahun lalu.