Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Minta RM3 juta, seorang pegawai dan 3 anggota polis ditahan

  • Published in Berita Semasa

 

 

KUALA LUMPUR, 19 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan penahanan seorang pegawai dan 3 anggota polis berlainan pangkat berhubung satu kes pemerasan wang berjumlah RM3 juta.

Mereka didakwa meminta wang daripada seorang ahli perniagaan dari Taiwan sebagai dorongan menutup kes serbuan ke atas makmal memproses dadah di Cheras, baru-baru ini.

Suspek berusia lingkungan 37 dan 38 tahun itu berkhidmat di Cawangan Jenayah Berat Polis Selangor.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Dan Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di ibu negara.