Wednesday, September 18, 2019
updated 2:07 PM UTC, Sep 18, 2019

Tun M lahirkan rasa sedih dengan pemergian Bacharuddin Jusuf Habibie dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih dengan pemergian presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau menganggap pemimpin berkenaan sebagai rakan baik dan sudah lama tidak ditemui.

Menurut BERNAMA, anak lelakinya, Thareq Kemal yang dipetik media tempatan berkata, bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat, selepas menjalani rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia.

Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September lepas.

BJ Habibie, 83 tahun, adalah presiden Indonesia yang ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 1998 hingga 1999.

Pada Mac 2018, BJ Habibie turut menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan asfiksia.