Friday, October 18, 2019
updated 11:50 AM UTC, Oct 18, 2019

PPR dijenamakan semula, konsep kediaman yang berbeza dan harga menepati kemampuan golongan B40

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang akan dijenamakan semula bakal menawarkan konsep kediaman yang berbeza namun harganya masih menepati kemampuan golongan B40.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, tidak hanya penjenamaan sahaja malah kediaman itu turut mengalami perubahan besar termasuk peningkatan pelbagai kemudahan di persekitarannya.

Jelasnya, Penjenamaan semula PPR itu bertujuan meningkatkan motivasi dalam kalangan penduduk selain memberikan kediaman yang lebih kondusif.

Beliau ditemui selepas Persidangan Tahunan Smart Citties Adia 2019 kali ke-5 di ibu negara.

KPKT telah mengenal pasti nama baharu untuk PPR dan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya.

Selain itu, kementerian akan meneliti semua cadangan penjenamaan semula PPR agar Program Perumahan ini tidak menjejaskan peluang golongan B40 untuk mendapatkan kediaman.