Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

PLUS Lanjutkan Tempoh Diskaun Sehingga 4 Pagi Esok

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR – Tempoh tawaran diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk Lebuhraya  Pantai Timur 2 (LPT2), yang berakhir tengah malam ini, dilanjutkan sehingga 4 pagi esok.

Lanjutan tempoh penawaran diskaun itu merangkumi kesemua  transaksi tol kecuali bagi kenderaan Kelas 2 dan 3 di semua rangkaian lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu.

PLUS, dalam kenyataannya hari ini, berkata  lanjutan tawaran itu bagi memastikan para pengguna dapat peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan selamat.

Bagaimanapun, lanjutan tempoh penawaran diskaun itu tidak melibatkan transaksi tol Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor, menurut kenyataan itu

PLUS turut menasihatkan orang ramai agar memandu secara berhemah dan mematuhi had laju serta mengikut arahan pihak berkuasa.

((BERNAMA))