Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Mohamad Sabu Ikrar Dedah Penyelewengan Jika Benar Berlaku Dalam Kementerian Pertahanan

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berikrar mendedahkan semua salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Kementeri Pertahanan sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini jika ia terbukti benar berlaku.

Katanya, terdapat beberapa isu berkaitan kementerian itu sebelum ini ditimbulkan terutama berkaitan perolehan aset ketenteraan dan ia akan disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Khas bagi isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Beliau berkata dalam temubual bersama Bernama di Wisma Bernama di sini, baru-baru ini.

Mohamad percaya jawatankuasa itu mampu merungkai pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini dan mengubah persepsi negatif masyarakat yang boleh mencalarkan imej kementerian itu.

((BERNAMA))