Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

BOMBA : 5 kes kebakaran masjid di Kedah sejak awal tahun hingga Ogos adalah disengajakan

  • Published in Nasional

KEDAH - Hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, LIMA kes kebakaran masjid di sekitar negeri Kedah sejak awal tahun sehingga Ogos lalu didapati adalah disengajakan.

Bagaimanapun motif pembakaran secara sengaja itu diserah kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Justeru, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, keputusan siasatan adalah berdasarkan bukti yang ditemui.

Kesemua kes kebakaran masjid melibatkan, DUA di Pendang dan masing-masing SATU kes di Jalan Raja Alor Setar, Jitra serta di Kuala Nerang.

Justeru, pihak Jawatankuasa masjid diminta menekankan aspek keselamatan masjid bagi mencegah kejadian berulang.

Beliau bercakap kepada media selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat “UnsungHero” bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah di SungaiPetani.

Pada majlis itu, empat wira terdiri daripada anggota Bomba Kedah menerima sumbangan RM500.

Dalam pada itu, sehingga Ogos tahun ini indeks taksiran kerugian akibat kebakaran mencatatkan lebih RM63 juta 500 ringgit .

Manakala taksiran berjaya diselamatkan berjumlah hampir RM23 billion.