Monday, February 24, 2020

updated 5:29 AM UTC, Feb 24, 2020

Projek Premium Kluster Nanas Lestari turut dibangunkan di kawasan tanah terbiar atau kurang produktif

  • Published in Berita Semasa

PONTIAN, 18 Feb - Projek Premium Kluster Nanas Lestari (KNAL) bakal dilaksanakan di kawasan tanah-tanah terbiar atau kurang produktiviti di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) agensi pertanian atau kerajaan negeri.

Tujuannya supaya dapat memaksimumkan penggunaan tanah kepada peladang dalam projek KNAL, selain memperbanyakkan keluaran nanas negara terutamanya jenis MD2 sekali gus meningkatkan pendapatan peladang.

Menurut Pengerusinya Datuk Abdul Malik Abdul Kassim setakat ini, seramai 29 peserta menyertai projek tersebut termasuk di Mersing, Johor dan Sungai Tong, Terengganu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian KNAL Alor Bukit Pekan Nanas di Pontian.

12 peserta menerima insentif Stor MyGap berjumlah RM131,000 dan Insentif Outlet LPNM sebanyak RM36,000 selain penyerahan surat setuju terima kepada empat peserta baru KNAL Alor Bukit.

LPNM menyalurkan bantuan daripada segi benih MD2 sebanyak RM200,000 dengan keluasan 10 ekar tanah setiap peserta yang melibatkan 16 peserta termasuk peserta baharu dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM4.8 juta.