Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Solat Sunat Aidilfitri Di Selangor Selaras Pada 8 Pagi

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan solat sunat Aidilfitri 1439 Hijrah di semua masjid dan surau di seluruh negeri diselaraskan pada 8 pagi, jika 1 Syawal ditetapkan pada esok (Jumaat).

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dalam kenyataan berkata penyelarasan waktu itu adalah atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan kekeliruan jemaah terhadap keseragaman waktu solat sunat Aidilfitri antara masjid dan surau di seluruh Selangor.

 

Datuk Haris turut menasihati dan mengingatkan umat Islam di Selangor supaya menyambut Hari Raya secara bersederhana, di samping  mengeratkan hubungan silaturrahim serta menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang ini iaitu bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah dan pengumuman Hari Raya Aidilfitri akan dibuat malam ini oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan Rukyah dan Hisab.

((BERNAMA))