Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

MAHB Ambil Langkah Jamin 3.5 Juta Penumpang Nikmati Perkhidmatan Terbaik

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil langkah proaktif bagi  memastikan 3.5 juta penumpang yang membuat  perjalanan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sempena sambutan Aidilfitri akan menikmati perkhidmatan terbaik dan menyeronokkan.

Pengendali lapangan  terbang itu menjangka jumlah penumpang melonjak sebanyak hampir 40 peratus semasa tempoh puncak pada hari ini dan esok bagi gelombang pertama dan pada 21- 24 Jun bagi gelombang kedua.

Pengarah urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali dalam kenyataan berkata pada hari biasa, lapangan terbang itu mengendalikan sekitar 180,000 penumpang.

Kemudahan yang dimaksudkan termasuk kawasan bahu jalan, kaunter daftar masuk, pusat pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat, imigresen merentas sempadan, sistem pemindahan terminal, troli dan kawasan menuntut bagasi.

Bagi mengelak  berlaku kelewatan menaiki pesawat dan terlepas penerbangan, Badlisham menasihati penumpang supaya barada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas.

 

 

((BERNAMA))