Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Pemantauan Lebih Ketat Kenal Pasti Pemandu Guna Lorong Kecemasan - LOKE

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Pemantauan lebih rapi termasuk melalui kamera litar tertutup (CCTV) akan dilaksanakan di Lebuh Raya Utara Selatan sepanjang musim perayaan ini bagi mengenal pasti pengguna lebuh raya yang melanggar peraturan terutama menyalahgunakan laluan kecemasan.        

Menteri  Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata 150 buah CCTV pada jarak setiap 10 kilometer telah dipasang di sepanjang lebuh raya oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi tujuan itu.

Beliau berkat dalam sidang media Tinjauan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS, di sini. 

Loke berkata sejak Ops Bersepadu sempena Hari Raya bermula  7 Jun lepas, sebanyak 83 saman membabitkan penyalahgunaan lorong kecemasan telah dikeluarkan. 

Dalam pada itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu yang menyalahgunakan lorong kecemasan termasuk melalui rakaman kamera kereta ataupun telefon bimbit supaya melaporkannya kepada JPJ untuk tindakan selanjutnya.

((BERNAMA))