Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

2,000 Batang Lemang Diedarkan Kepada Pengguna LPT2

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KEMAMAN - Sebanyak 2,000 batang lemang diedarkan kepada pengguna Lebuhraya  Pantai Timur 2 (LPT2)  selama dua hari di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing bermula semalam.

Timbalan Exco Pelancongan II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Abd Razak Ibrahim berkata lemang tersebut diagihkan secara percuma kepada perantau yang pulang berhari raya sempena sambutan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas agihan lemang dan kudapan berbuka puasa percuma  di Hentian R&R Perasing di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata  melalui promosi dan program-program yang sentiasa diadakan di R&R Perasing telah berjaya menarik kunjungan  pengguna LPT2.

((BERNAMA))