Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Memotong Di Garisan Berkembar Kesalahan Paling Banyak Dilakukan - JPJ

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KUANTAN - Memotong di garisan berkembar merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna jalan raya sepanjang lima hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang melaksanakan Op Hari Raya Aidilfitri bermula 8 Jun lepas. 

Pengarahnya Muhammad Abdullah berkata dalam tempoh itu, sebanyak 220 kes kesalahan memotong di garisan berkembar dikesan manakala 288 daripada 1,376 kenderaan yang diperiksa telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyertai Op Motosikal Hari Raya Aidilfitri bersepadu di Tanjung Lumpur di sini, semalam. 

Muhammad berkata pihaknya juga mendapati tujuh daripada 71 bas yang dinaiki oleh pegawai JPJ sebagai penumpang tidak menyediakan pemandu kedua, sedangkan perkara itu diwajibkan kepada bas dengan perjalanan melebihi 300 kilometer atau empat jam tempoh perjalanan. 

 

Katanya, JPJ juga melakukan pemeriksaan di terminal bas di negeri ini secara bersepadu bagi memastikan syarikat bas mematuhi peraturan dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebelum memulakan perjalanan. 

((BERNAMA))