Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Tiada Kejadian Kren Terbalik Di Lebuh Raya CSR - Polis

  • Published in Nasional

KUANTAN - Polis hari ini, menafikan dakwaan kejadian kren terbalik di laluan keluar Fasa 3 Merapoh, Lebuhraya Central Spine (CSR) sehingga menyebabkan kesesakan sepanjang 15 kilometer yang tersebar di laman sosial. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata tiada kejadian seumpamanya berlaku dan tiada kawasan yang mengalami masalah tanah mendap yang kononnya menjadi punca kren itu terbalik. 

"Isu yang diviralkan adalah palsu. Pengguna diminta untuk tidak mempercayai dan menyebarkan perkara itu," katanya kepada pemberita di sini dalam satu kenyataan di sini.

Dakwaan kren terbalik itu tersebar di kumpulan WhatsApp meminta orang ramai yang hendak pulang ke Kelantan untuk tidak menggunakan laluan itu, yang dikatakan sesak bermula dari laluan Chegar Perah, Lipis. 

((BERNAMA))