Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Kerajaan perlu terus meningkatkan prestasi untuk mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ke 15 nanti

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu terus meningkatkan prestasi untuk mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ke 15 nanti.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, ketika PRU 15 nanti, isu yang bakal ditimbulkan sama sekali berbeza jika dibandingkan dengan pilihan raya umum tahun lalu

Tun Dr Mahathir memberitahu media selepas menghadiri gala tayangan perdana dokumentari 'M for Malaysia' di ibu negara.

Dokumentari mengisahkan tentang penubuhan Malaysia Baharu oleh kerajaan PH selepas kemenangan pada PRU14, Mei tahun lepas.