Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Klinik swasta dikompaun RM10,000 jual topeng muka lebihi harga kawalan

  • Published in Nasional

JERANTUT, 17 Feb - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya mengesan kesalahan menjual topeng muka melebihi harga kawalan di sebuah klinik swasta di Kuala Lipis, Pahang.

Pada pemeriksaan Sabtu lalu, klinik berkenaan didapati menjual topeng muka tiga lapisan dengan harga RM1 seunit melebihi harga yang dikawal iaitu 80 sen seunit.

Ketua KPDNHEP cawangan Jerantut, Abdul Mubin Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan tindakan klinik terbabit.

Jelas beliau, pemilik premis yang berusia 56 tahun didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Susulan itu, sebanyak 300 keping topeng muka terbabit disita.

Manakala kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan terhadap pemilik premis dan telah dijelaskan oleh pemiliknya.

Sehingga kini, KPDNHEP Jerantut sudah memeriksa 64 premis berkaitan penjualan topeng muka.