Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Rakyat Malaysia perlu hayati Hari Malaysia

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - TARIKH 16 September, hari signifikan kepada rakyat Malaysia yang berbilang etnik, agama dan budaya tidak kira di Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Presiden Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia, IPF, Senator Datuk M. Sambanthan, Hari Malaysia memberi makna besar kepada rakyat kerana ia adalah detik penting yang menyatukan rakyat di ketiga-tiga wilayah terbabit.

Namun, ada sesetengah pihak beranggapan sejak Malaysia ditubuhkan, kedua-dua negeri itu tertinggal di belakang, dan apa-apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia tidak dipenuhi.

Benarkah Sabah dan Sarawak terlalu jauh tertinggal di belakang atau itu hanya persepsi?

Hakikatnya Sarawak dan Sabah diancam komunis serta dituntut Filipina dan Indonesia, selain kemunduran dan kemiskinan ketika itu perlu difahami betul-betul.

Tambah beliau, jangan hanya melihat dari kaca mata sekarang yang penuh kesendengan dan prasangka.

Dalam keadaan ini, wacana dan naratif yang betul mengenai sejarah pembentukan Malaysia amat perlu disemai supaya sentimen negatif tidak terus bersemarak dan melemahkan sistem persekutuan dan menghancurkan kedaulatan negara pada jangka panjang.

Rakyat perlu faham akan nikmat yang diperoleh sejak Malaysia dibentuk, serta kesan dan implikasinya jika kita asyik bertelagah, tidak bersatu, dan lebih buruk lagi, jika mengambil tindakan untuk keluar Malaysia.