Monday, May 25, 2020

updated 7:32 AM UTC, May 25, 2020

IMF bimbang dengan pertumbuhan ekonomi dunia akibat COVID-19

  • Published in Berita Dunia

DUBAI, 17 Feb - Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva memaklumkan wabak COVID-19 berupaya merosakkan pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini.

Bercakap dalam Forum Wanita Global, beliau bagaimanapun yakin pemulihan ekonomi yang pesat boleh dicapai.

Walaupun wabak berkenaan telah membunuh lebih 1,600 orang, beliau menasihatkan masyarakat dunia untuk tidak membuat kesimpulan awal mengenainya.

Tinjauan Ekonomi Dunia, IMF dalam kemaskini pada Januari meramalkan berlakunya kemerosotan pertumbuhan ekonomi global tahun ini sebanyak 0.1 peratus kepada 3.3 peratus.

Georgieva berkata, ia masih terlalu awal untuk menilai kesan wabak berkenaan, sepenuhnya, dan mengakui sektor pelancongan serta pengangkutan paling terjejas ekoran COVID-19.

Mengakui IMF turut menerima kesan pertumbuhan ekonomi yang rendah, beliau menyatakan dunia perlu bimbang dengan 'pertumbuhan lembap' yang dipengaruhi ketidakpastian.

Kebimbangan itu disuarakan beliau pada forum yang turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan bekas perdana menteri britain, Theresa May.