Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Kedah sasar dua PAWE setiap daerah

  • Published in Nasional

BEDONG - Kedah menyasarkan dua pusat aktiviti warga emas (PAWE) di setiap daerah sebagai ersediaan Malaysia menjadi sebuah negara tua menjelang 2030.

Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmi Kemiskinan dan Kebajikan Negeri, Halimaton Shaadiah berkata, serentak dengan itu kerajaan negeri akan memohon peruntukan tambahan bagi memperbanyakkan pusat berkenaan dengan pelbagai aktiviti sosial untuk warga emas.

Setakat ini Kedah mempunyai 11 PAWE dengan 5 yang terbaharu beroperasi tahun ini.

Perkara mengenainya dinyatakan beliau selepas program semaian kasih komuniti penghuni rumah seri kenangan bedong bersama kebajikan amal silaturrahim isteri-isteri harapan (KASIH).