Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Tun M mewakili kerajaan dan rakyat merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili kerajaan, sektor awam dan rakyat Malaysia seluruhnya menyembahkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tekad kerajaan ialah sentiasa menghormati dan terus mempertahan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan, selain memulihkan negara agar bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tun Dr Mahathir menyampaikan sembah tahniah sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.