Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Malaysia tidak akan membuat sebarang perubahan mengenai definisi kes positif COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Feb - Malaysia tidak akan membuat sebarang perubahan mengenai definisi kes positif COVID-19 sepertimana dilakukan kerajaan China.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana Institut Penyelidikan Perubatan negara bersedia melakukan pemeriksaan dan ujian kesihatan terperinci sebelum seseorang yang mempunyai gejala wabak disahkan positif CIVID-19.

Semasa bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Putrajaya, beliau menjelaskan, keadaan tersebut berbeza di China.

Terkini, mana-mana pesakit yang menunjukkan semua gejala klinikal COVID-19, dikategorikan sebagai kes positif walaupun belum disahkan melalui ujian makmal.

Perubahan definisi kes positif COVID-19 bagi Wilayah Hubei ini meningkatkan jumlah penduduk yang terpaksa dikuarantin.

Bagaimanapun menurut WHO, jumlah pesakit disahkan positif wabak berkenaan di luar China tidak menunjukkan peningkatan mendadak.