Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Kapasiti pengeluaran topeng muka ditingkatkan dalam tempoh akan datang - TPM

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Feb - Penutup hidung dan mulut dilarang dijual secara pukal dan dihantar ke luar negara.

Ini bagi memastikan bekalan untuk pasaran tempatan mencukupi, susulan penularan wabak Covid-19.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, arahan juga sudah dikeluarkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan segera.

Pada masa sama ujarnya, Kabinet melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelonggaran untuk mengambil lebih ramai pekerja asing, bagi menghasilkan lebih banyak topeng muka.