Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

Dua kapal Hong Kong sah tidak berlabuh di Malaysia - TPM

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Feb - Dua kapal Hong Kong, Kapal Westerdam dan Kapal Sapphire Princess disahkan tidak berlabuh di perairan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, larangan kapal-kapal tersebut berlabuh disebabkan pihak pengendali kapal berkenaan enggan berkongsi maklumat penumpang.

Beliau mengesahkan Jabatan Imigresen ada menerima permohonan untuk berlabuh daripada dua kapal persiaran berkenaan, namun kerajaan menolak permohonan itu.

Ini bagi mengelak sebarang risiko jangkitan Covid-19 .

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berhubung Kluster Penyakit COVID-19 Bilangan 2 Tahun 2020, di Putrajaya.

Kapal Westerdam dengan muatan sekitar seribu penumpang, pernah memasuki Hong Kong sebelum ke Taiwan pada 1 Februari.

Bagaimanapun kapal tersebut telah mendapat kebenaran untuk berlabuh di Kemboja.

Manakala Sapphire Princess telah selamat berlabuh di Singapura.