Thursday, February 27, 2020

updated 5:28 AM UTC, Feb 27, 2020

Tambahan RM80 juta dipertimbang untuk atasi masalah hakisan di Terengganu

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 14 Feb - Peruntukan tambahan RM80 juta sedang dipertimbang bagi menyelesaikan masalah hakisan di Terengganu.

Ia susulan fasa pertama peruntukan sebelum ini membabitkan kos RM64 juta.

Jelas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pertimbangan serius diberi berikutan masalah hakisan di beberapa daerah di negeri itu semakin kritikal.

Datuk Seri Azmin memaklumkannya ketika melawat Pasar Besar Kedai Payang Baru di Kuala Terengganu.

Kerajaan Persekutuan amat prihatin untuk menyegerakan peruntukan bagi memastikan keselamatan penduduk yang terkesan dengan masalah hakisan sekaligus mengelak sektor pelancongan di Terengganu terjejas.