Thursday, February 27, 2020

updated 5:28 AM UTC, Feb 27, 2020

COVID-19; pengecualian cukai dan insentif dipertimbang bantu sektor terjejas

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 14 Feb - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pengecualian cukai dan insentif khas antara perkara yang akan dipertimbangkan oleh kerajaan bagi membantu sektor yang terjejas akibat penularan coronavirus atau COVID-19.

Katanya, antara sektor terjejas teruk ialah sektor pelancongan yang merupakan satu sektor yang sangat penting kerana sebelum wabak ini menyerang, negara menerima jumlah pelancong yang agak besar dari China.

Namun sekarang ini pastinya akan berlaku pengurangan jumlah pelancong.

Datuk Seri Mohamed Azmin ditemui selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu hari ini.