Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Peralihan kuasa selaku Perdana Menteri selepas APEC 2020, November ini

  • Published in Nasional

LANGKAWI, 14 Feb - Janji untuk meletak jawatan akan tetap ditepati.

Mengulangi janji itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan peralihan kuasa selaku Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikotakan selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia (APEC 2020), November ini.

Dalam satu sidang media Tun Dr. Mahathir menegaskan, beliau tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menghalang Ahli Parlimen Port Dickson itu daripada menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan apabila ditanya mengenai pertemuan beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi akaun twitternya berkata pertemuan itu ada membangkitkan isu peralihan kuasa susulan terdapat sokongan daripada PAS, UMNO dan sebilangan ahli PKR menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.