Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

14 Usahawan luar bandar sertai ekspo di Thailand, Ketengah produk berasaskan makanan, minuman dan kesihatan

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 14 Feb - 14 usahawan dari Kedah antara yang terpilih untuk menyertai Ekspo Produk Usahawan Wilayah Utara Malaysia 2020 yang bakal berlangsung di Asean Mall, Pattani pada 27 Februari hingga 2 Mac depan.

Selain Kedah, negeri-negeri wilayah utara lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis turut memberi ruang kepada usahawan luar bandar menyertai ekspo tersebut.

Lima daripada usahawan berkenaa merupakan peserta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Manakala lima usahawan lagi dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan empat usahawan bimbingan Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK).

Langkah membawa kesemua usahawan tersebut ke ekspo berkenaan turut mendapat bantuan agensi kerajaan antaranya Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi serta Kumpulan UNITI Asia.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, ekspo tersebut memberi peluang  pasaran yang lebih luas merangkumi seluruh negara jiran kepada para peserta.

Produk yang diketengahkan adalah milik usahawan bumiputera bertaraf perusahaan kecil sederhana PKS dengan mengenengahkan produk berasaskan makanan, minuman dan kesihatan