Wednesday, 30 September 2020

updated 4:02 AM UTC, Sep 30, 2020

5 negeri belum tandatangan Perjanjian Pengurusan Sistem Pepejal dan Pembersihan Awam

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 14 Feb - Lima negeri; Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak dan Pulau Pinang belum menandatangani Perjanjian Pengurusan Sistem Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, pemeteraian di bawah akta itu penting kerana ia bakal menjadikan Malaysia sebuah negara bersih, menerusi pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien.

Beliau merasmikan Kempen Anti-Litter di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Pada majlis itu, Alam Flora Sdn Bhd menyerahkan 12 lori sampah untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan di Kelantan.

Zuraida turut memaklumkan kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan Kelantan merancang untuk mewujudkan dua pusat Waste-to-Enegry yang akan memproses longgokan sampah dan menukarnya kepada sumber bekalan elektrik.