Wednesday, 30 September 2020

updated 3:00 AM UTC, Sep 30, 2020

JAKIM perluas program dakwah, jalin kerjasama dengan syarikat korporat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 14 Feb - Program Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus komited memainkan peranan yang jitu dan proaktif dalam memperluas program dakwah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, inisiatif berterusan jalinan kerjasama dakwah syarikat-syarikat korporat yang terlibat dengan JAKIM itu perlu diperkukuh dalam membangunkan ummah.

Konsep dakwah program yang mula diperkenal pada 2009 itu juga perlu digambarkan secara meluas, sejajar dengan Sustainable Development Goal (SDG) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Datuk Seri Dr Mujahid ditemui pemberita pada program CEO Corporate Talk 2020 di Putrajaya.

Hadir sama Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh.

Beliau turut menyampaikan Buku Aspirasi Pentadbiran Islam Malaysia Baharu, Gagasan Ke Arah Masyarakat Rahmah kepada wakil syarikat korporat yang hadir.