Wednesday, 30 September 2020

updated 3:34 AM UTC, Sep 30, 2020

Hebahan bersemuka inisiatif kekang penularan berita palsu

  • Published in Nasional

PERINGGIT, 14 Feb - Hebahan secara bersemuka kepada rakyat dilihat dapat membantu usaha mengekang penularan berita palsu.

Seperti program 'Info On Wheels', (IOW) ia turut memberi ruang luas kepada rakyat untuk kembali bertanya maklumat terperinci dan mendalam tentang sesuatu isu semasa atau inisiatif yang dilaksana kerajaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, lima inisiatif diberi tumpuan dalam program IOW iaitu MySalam, e-Tunai, Peka B40, i-Suri dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Tiada jumlah rakyat yang disasarkan untuk ditemui melalui program itu sebaliknya beliau mahu IOW menyampaikan maklumat kepada seramai rakyat yang mungkin.

Beliau menyertai program IOW di Terminal Bas Melaka Sentral, Melaka.

Bermula 27 Januari lalu, hebahan IOW turut memberi penekanan kepada penularan wabak COVID–19.