Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 14 Feb - Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan.

Perkara itu diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengambil langkah menggubal undang-undang di Dewan Rakyat.

Mereka yang cuai atau mabuk perlu mengambil tanggungjawab dan dipastikan diberi hukuman setimpal sekiranya didapati bersalah.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada 29 Januari lalu Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.