Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Pembelian penutup mulut dan hidung tidak dihadkan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Feb - Mengenai penutup mulut dan hidung, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak menghadkan sebarang pembelian penutup mulut dan hidung berikutan penularan COVID-19.

Jelasnya pembelian panik tidak berlaku setakat ini.

Beliau berkata demikian Majlis Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak COVID-19 di Putrajaya.

Menurutnya KPDNHEP sedia membeli stok penutup mulut dan hidung sekiranya mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.