Saturday, 8 August 2020

updated 3:14 AM UTC, Aug 8, 2020

Siaran radio masih relevan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Feb - Siaran radio masih relevan dan akan terus berkembang sebagai medium penyampaian maklumat dan hiburan meski wujud banyak medium penyampaian lain dalam era digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, landskap radio telah berubah dengan pesat demi memastikan populariti medium ini tidak terjejas.

Jelasnya, tidak hanya di negara ini malah di peringkat antarabangsa, radio merupakan medium komunikasi yang masih tinggi penggunaannya.

Beliau merasmikan Hari Radio Sedunia di Angkasapuri.

Datuk Eddin berharap, radio akan terus memainkan peranan sebagai akses yang membuka ruang dan peluang untuk mendidik masyarakat di samping maklumat penting serta memberi kebebasan suara merentasi budaya.

Di era baharu, stesen radio perlu merangka tindakan strategik yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan keperluan masyarakat.