Thursday, February 27, 2020

updated 4:53 AM UTC, Feb 27, 2020

Polis KL tahan 158 individu memandu di bawah pengaruh alkohol sepanjang Januari lalu 

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Feb - 828 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di ibu negara sepanjang tahun lalu.

Bulan lepas pula, 158 individu ditahan atas kesalahan sama.

Daripada jumlah itu, 118 kes telah dituduh dan 40 masih dalam siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata pihaknya telah ditugaskan untuk menangani masalah pemandu mabuk dan menjalankan operasi 24 jam sehari.

Menurut beliau, trend pemandu mabuk di ibu negara selalunya berlaku selepas tengah malam dan rekod kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di ibu negara, tahun lepas cuma satu kes dan tiga kes pada 2018.

Pada masa ini, pemandu cuai yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian boleh didakwa mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda antara RM8 ribu hingga RM20 ribu.