Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Taman Tema Animasi MAPS Ipoh Dibuka Jun Ini

IPOH - Taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS), akan dibuka secara rasminya pada 26 Jun ini di sini.

Anggota Lembaga Pengarah MAPS Ramelle Ramli  berkata taman tema itu kini sudah 96 peratus siap dan kini di peringkat akhir kerja-kerja hiasan.

Beliau berkata dalam sidang media selepas lawatan wakil media ke MAPS.

Ramelle berkata pihaknya optimis taman tema itu dapat menarik 700,000 hingga 800,000 pengunjung dari hari pertama pembukaannya, yang dijadual pada hari kedua Syawal sehingga akhir 2017.

Dalam pada itu, Ramelle menjelaskan orang ramai yang membeli tiket MAPS sebelum ini tidak perlu khuatir kerana ia masih sah dan diterima mengikut terma dan syarat.

Harga tiket MAPS bagi pemegang Mykad ialah RM148 manakala RM117 dikenakan untuk pemegang MyKid serta warga emas.

Taman tema itu, yang dibina di kawasan seluas 21 hektar, dapat menerima kira-kira 8,000 kunjungan sehari. Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam  pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

((BERNAMA))