Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Op Didik: 1,186 Pelajar, 51 Ibu Bapa Disaman

SHAH ALAM - Seramai 1,186 pelajar sekolah di sekitar 15 daerah di Selangor disaman kerana pelbagai kesalahan jalan raya melalui Op Didik selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Dalam operasi bermula 6.30 pagi hingga 8 pagi di 43 sekolah sekitar Selangor itu, polis turut mengeluarkan saman kepada 51 ibu bapa atas kesalahan sama ketika menghantar anak masing-masing.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor  Supt Kamaludin Mohamad berkata antara kesalahan ketara pelajar dan ibu bapa ialah tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan.

Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Sehubungan itu,  beliau meminta ibu bapa dan pihak sekolah supaya memberi perhatian kepada masalah ini dan membendungnya daripada berterusan dengan memberi nasihat kepada pelajar kerana pendidikan  keselamatan jalan raya bermula dari peringkat bangku sekolah lagi.

((BERNAMA))