Thursday, April 27, 2017
vital-top
updated 12:59 PM UTC, Apr 27, 2017

POS Malaysia Keluarkan Setem Khas Agong Ke-15

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem dan filateli khas sempena Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Isnin  ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata setem khas itu dikeluarkan sebagai tanda penghormatan dan kenangan kepada Sultan Muhammad V.

Beliau berkata setem itu mula dijual di pejabat pos seluruh negara pada 25 April kecuali di Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan, dijual pada 26 April.

Beliau berkatanya pada sidang media, di sini.

Katanya koleksi setem yang bertajuk ''Raja Sebagai Pemerintah Negara'' itu dikeluarkan dalam dua reka bentuk iaitu bertebuk sebanyak 200,000 keping yang dijual pada harga 60 sen sekeping dan tanpa tebukan sebanyak 5,000 bernilai RM12 sehelai.

((BERNAMA))