Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 3:24 PM UTC, Oct 22, 2017

Peluang Pekerjaan Cukup, Pendapatan Tinggi Antara Aspirasi Popular TN50 Fasa Satu

PUTRAJAYA - Peluang pekerjaan yang mencukupi dengan pendapatan tinggi serta kualiti hidup setaraf dengan negara maju merupakan aspirasi popular golongan belia sepanjang fasa pertama dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata aspirasi tersebut merupakan antara 26,000 aspirasi yang dikumpul daripada 585,000 belia yang sudah didekati melalui pelbagai saluran termasuk dialog dan dalam talian serta yakin sasaran mendekati 1.5 juta belia dapat dicapai menjelang hujung tahun ini.

Katanya, 80 peratus aspirasi TN50 yang diutarakan oleh golongan belia Malaysia menyentuh hala tuju mengenai ekonomi dan pekerjaan, pendidikan dan pemerkasaan kemahiran, nilai-nilai masyarakat, persekitaran dan kesejahteraan hidup serta tadbir urus kerajaan.

Beliau berkata dalam sidang media mengenai 90 Hari Pertama Dialog TN50 di pejabatnya di sini.

((BERNAMA))